Berdiri

· Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit kehadapan.
· Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan ditumit.
· Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi mengelak ketegangan.
· Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung.
· Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa.
· Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada. ·         Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
· Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
· Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.


Diambil dari http://muhammadfaizmahayudin.blogspot.com/2012/04/teknik-teknik-vokal-panduan-guru.html

Maisaratul Syabrina Izzati

Design a site like this with WordPress.com
Get started