Perletakan Suara

Perletakan suara jaga dikenali sebagai tingkat  “register” suara.  Terdapat tiga tahap perletakan suara di kalangan penyanyi iaitu kepala, tengah dan dada. Dalam bahasa Inggeris perletakan suara dikenali sebagai  “Voice Placement”.

Mengikut Steven Fraser (2001), suara kepala ialah suara yang digunakan untuk  menyanyi  not-not yang berada pada register tinggi.  Suara kepala adalah berbeza  untuk setiap orang.  Ini adalah kerana setiap orang mempunyai renj  yang berlainan, maka penyanyi lelaki akan mempunyai suara kepala yang berlainan dengan penyanyi perempuan.
Menyanyi melalui suara kepala dapat menghasilkan  suara yang jelas jika ia digunakan dengan betul dalam makanisme nyanyian.  Suara kepala biasanya menghasilkan bunyi yang ringan seakan alat tiupan flute.  Untuk menghasilkan suara kepala yang  betul, kawalan penafasan yang cukup dan betul adalah mustahak.  Semasa seseorang menyanyi not-not pada register yang tinggi dengan menggunakan  suara kepala, biasanya bahagian tulang pipi atau pasu-pasu (cheekbone) akan bergema.  Renj untuk suara kepala ialah  dari not B ke not G’.

Suara tengah adalah suara yang berada di antara suara kepala dan suara dada.  Semasa menyanyi dengan menggunakan suara tengah, kod vokal dipendekkan dan ia bertemu di tengah-tengah.  Bunyi untuk suara ini biasanya dihasilkan di bahagian rongga mulut dan bergerak ke bahagian belakang  lelangit lembut (soft palate) di belakang mulut.  Pergerakan udara ini menghasilkan gema di bahagian mulut dan juga di bahagian kepala yang menghasilkan campuran suara kepala dan suara dada.  Oleh sebab fenomena ini, suara ini dikenali sebagai suara tengah.  Renj untuk suara tengah ialah dari not C ke not C’.

Suara dada adalah suara yang biasanya digunakan semasa percakapan.  Kebanyakan penyanyi menggunakan suara dada untuk bercakap.  Ia dikenali sebagai suara dada kerana pic bagi suara ini bergema di seluruh  rongga dada.  Tonal kualiti bagi suara dada biasanya digambarkan sebagai suara yang kaya dan penuh dengan emosi.  Apabila seseorang menyanyi dengan menggunakan suara dadanya, kod vokal tidak bersentuhan maka pergerakan  udara adalah bebas di sepanjang rongga kod vokal.

Suara dada digunakan untuk menyanyi not-not yang berpic rendah.  Suara dada yang tidak dinyanyi dengan betul boleh merosakkan suara penyanyi kanak-kanak apabila ia dihasilkan tanpa pernafasan yang baik.  Renj untuk suara dada adalah dari not C ke not A bawah.


Diambil daripada http://niknuranis79.blogspot.com/2015/09/welcome-to-my-blog-jom-kita-belajar.html

Maisaratul Syabrina Izzati

Design a site like this with WordPress.com
Get started